Di Pasir Mas sentiasa monitor di Repeater 9M4RDD di bawah naungan kelab Res'k 146.6375, offset - 600 dan tone 186.2, no ahli Res'k 28, juga di Repeater 9M4RDA bawah naungan kelab ArKB 147.650, - 600 tone 203.5, dan kadang-kadang ke Jalur Panjang Nasional Astra ahli Astra 1955
Image terbaru
Sempena Sambutan Hari Raya 4 Okt 2010
Mengenai Saya
- Pak Din
- Kelahiran negeri kelantan, berkahwin di anugerahkan 8 orang cahaya mata dan dah dapat 4 orang cucu, Bertugas sebagai Supervisor di Syarikat Air Kelantan. Di Frequancy 9W2DJM dikenali dengan gelaran Pak Din Janggut Merah.....
AGM ke 14 ASTRA
Ramai rakan Ham dari Timur, Selatan dan Tengah hadir sama di AGM ke 14 ASTRA di Hotel Putera Palace Kangar pada 16 April 2011
AGM ke 14
AGM ke 14
Salam tahniah kepada pucuk pimpinan baru
Jumaat, 31 Disember 2010
SELAMAT TAHUN BARU 2011
Selamat datang tahun baru 2011 dan selamat jalan 2010, semoga tahun baru 2011 ini datang membawa sejuta keberkatan dan kerahmatan, membawa sinar perubahana pada usia, feil perangai dan juga segala gerak kerja mahu pun kesihatan baik berkekalan.......Dan mari lah kita sama-sama BERSIHAKAN HATI - dari rasa DENGKI, IRI Hati dan sama-sama kita LONTAR jauh-jauh RASA ingin memusuhi orang lain......isnya allah selamat dunia dan akhirat.
Isnin, 20 Disember 2010
RAE Siri 4/2010
Setelah melebihi sebulan tidak membaca dan menulis di sini kerana cable telefon ke kawasan perumahan saya di potong oleh budak2 dadah baru siap di ganti dan hari ini baru boleh membaca dan menulis di sini. Dan di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Menduduki Ujian RAE Siri 4/2010 pada 22 Disember 2010 tak berapa hari lagi, di iringi doa semoga semua rakan SWAL di seluroh negara akan berjaya dan peroleh AA dan menambahkan lagi HAM di semua Frequancy di tahun 2011, insya allah. Soalan dan jawapan semestinya akan diberi cuma rakan2 SWAL yang menentukan benar dan betul .......selamat berjaya.
Rabu, 3 November 2010
KONVOI AMAL NUR KASIH RAKAN HAM KELANTAN
Hari ini Khamis 4 November 2010, jam 12.00 tengah hari kami rakan-rakan radio Negeri Kelantan akan memulakan Konvoi Amal Nur Kasih dari Kelantan ( bermula dari Stadium Sultan Muhammad Ke IV) menuju ke Ipoh dan Taiping Perak Darul Ridhuan). Konvoi akan di resmi pelepasannya olih Yang Amat Berusaha Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan.
Kami akan bergerak dalam bilangan 28 buah Jelopy pelbagai jenis, rombongan kami adalah sebagai penggerak kepada aktiviti amal yang di kepalai oleh Dato Pengerusi BSM Negeri Kelantan ( Yang Berbahagia Dato Dr Hj. Wan Azhar bin Wan Mohd Ali ) Lawatan kami ke Ipoh dan Taiping adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara HAM Radio Kelantan dan Perak, sambil itu juga kami mengiringi Yang Berhabahgia Dato Pengerusi Bulan Sabit Merah Negeri Kelantan dalam menjalankan kerja amal di Rumah Anak Yatim di Simpang Pulai Ipoh jam 9.00 pagi, selepas solat Jumaat konvoi kami akan bergerak ke Rumah Anak Yatim Kuala Sepetang Taiping aktiviti pada jam 4.00 petang. Dan pada sebelah malam 5 November 2010 kami akan mengadakan "Eyeball" dengan rakan-rakan Radio Taiping dan berhampiran, kepada semua rakan yang berkelapangan bolih lah bersama di malam tersebut.
Konvoi kami mendapat kerjasama pihak berkuasa PDRM dan JPJ Negeri Kelantan dan Perak, terima kasih kepada PDRM dan JPJ Kelantan dan Perak dan konvoi kami akan di kepalai / Lead Marshal oleh 9M2SIX serta rakan yang berpengelaman dari hal ehwal konvoi. Semoga konvoi dan program kami rakan HAM Kelantan selamat dalam perjalanan pergi dan balek
Kepada semua rakan HAM di Perlis dan Kedah yang terlibat dengan musibah Bnajir harap bersabar, semoga tiada kemalangan jiwa berlaku kepada semua rakan HAM dan sanak saudara insya allah.

FIRASAT TAHI LALAT DI BADAN KITA
Masyarakat kitapada zaman dahulu mengenali seseorang dengan melihat tanda pada badannya.Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dengan jelas. Namun begitu,ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu.Hanyalah sekadar untuk renungan dan menambah pengetahuan. Yang baik itu dari Allah subhanahuwata ala manakala yang tidak baik, buruk dan jijik itu kelemahan kita sebagai insan serba lemah......
Lokasi Tahi Lalat Di Badan | Firasat |
bibir atas kanan | banyak rezeki, pandai |
bibir atas kiri | ramai kawan, baik hati |
bibir bawah kanan | disegani orang, ramai yg suka |
bibir bawah kiri | pandai bicara, tak mudah kalah |
leher kanan | cerdas, jujur, berani menderita |
leher kiri | cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan |
leher di tengah | tercapai cita-cita |
biji mata kanan | suka serong dan pembohong |
biji mata kiri | pembohong tetapi baik hati |
hujung mata kanan | baik hati, sopan santun, cerdas |
hujung mata kiri | baik budi, murah rezeki |
punggung kanan | agak mengalami kesulitan |
punggung kiri | malas dan suka duduk |
betis kanan | suka berhibur, boros |
betis kiri | rajin,tidak suka menganggur |
lutut kanan | bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha |
lutt kiri | kurang kuat berusaha |
kepala sebelah kanan | terkabul cita-cita |
kepala sebelah kiri | sering menemui kesusahan |
kepala sebelah belakang | jujur, sabar dan tekun |
kening kanan | cerdas dan cekap |
kening kiri | cerdas, sopan santun |
tengah kening | keras hati, berani segala hal |
hujung mulut kanan | kecil rezeki, tak mudah kalah |
hujung mulut kiri | suka berpoya-poya |
ketiak kanan | dapat menyimpan rahsia |
ketiak kiri | jujur, banyak yang cinta |
pergelangan kaki kanan | suka berpergian (keluar rumah) |
pergelangan kaki kiri | kehendak kuat |
batang hidung | banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya |
pada hidung | banyak rezeki |
dagu bawah kanan | jujur dan baik hati |
dagu bawah kiri | bijak sana dan berbudi luhur |
kemaluan kanan atau kiri | baik, suka senggama |
di kepala kemaluan (lelaki) | bakal beristeri 2 |
tumit kanan | jujur dan banyak kawan |
tumit kiri | baik budi |
alis kanan | suka menolong, baik hati |
alis kiri | ramai yang suka |
pangkal peha kanan | kemahuan kuat |
pangkal peha kiri | suka kerja apa pun |
telapak kaki kanan | tak mudah mengeluh |
jari kaki kanan | suka menolong |
jari kaki kiri | berbudi, suka berbuat baik |
bahu kanan | cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan |
bahu kiri | suka kerja keras, banyak tanggungjawab |
buah dada kanan | baik hati, pendiam,simpan rahsia |
buah dada kiri | ramai kawan, setia pada pasangan |
lengan kanan | setia dan taat pada atasan |
lengan kiri | menepati janji dan rajin |
pipi kanan | ramai teman |
tengah-tengah pipi kanan | ramai yg suka |
tengah-tengah pipi kiri | ramai teman |
ubun-ubun | kurang jujur |
pusat | cerdas, tangkas, tekun |
pusat bahagian kanan | sejahtera dalam hidup |
pusat bahagian kiri | beroleh kemliaan |
pinggang kanan | sayang pada pasangan hidup |
pinggang kiri | disayang pasangan hidup |
dada kanan | dapat mengatasi masalah |
dada kiri | berani, jujur dan sabar |
telapak kaki kanan | tidak mudah mengeluh |
telapak kaki kiri | baik budi pekertinya |
siku tangan kanan | kuat ingin memiliki kekayaan |
siku tangan kiri | baik hati, suka menolong |
jari tangan kanan | serba beroleh keuntungan |
jari tangan kiri | serba baik bekerja |
jari telapak tangan kanan | banyak rezeki tapi boros |
jari telapak tangan kiri | banyak rezeki dan cermat |
perut bawah kanan | banyak rezeki, suka memberi maaf |
perut bawah kiri | baik hati, tenang hidupnya |
sudut mata kanan dalam | disayang suami atau isteri |
sudut mata kiri dalam | tidak mudah dilupakan pasangan |
sudut mata kanan luar | baik budi, ramai yg cinta |
pelipis kiri | murah rezeki, dpt jadi kaya |
pelipis kanan | serba berhasil dalam usaha |
kelopak mata kanan atas | baik hati, ramah, berjaya |
kelopak mata kiri atas | baik budi, ramai yg suka |
kelopak mata kanan bawah | agak malas |
kelopak mata kiri bawah | agak bodoh, kurang bijaksana |
Ahad, 31 Oktober 2010
RAE Siri 4/2010
Keputusan RAE siri 3/2010 belum terpampang di laman Web SKMM, tapi tarikh tutup permohonan untuk pepereksaan siri 4/2010 telah pun melepasi tarikhnya, kepada rakan-rakan yang sedang menunggu keputusan RAE siri 3/2010 harap bersabar, apapun kepada semua rakan SWAL yang telah menghantar borang permohonan di harapkan bersedia dari sekarang, mintalah bimbingan dari rakan-rakan lama yang berpengalaman sambil menyemak Guideline, SOP serta AOP dari laman web SKMM dan terus memantau rakan-rakan QSO kerana hampir separuh dari 100 soalan di sediakan adalah berkaitan dengan cara QSO dan juga Guideline serta SOP dan AOP.
Semoga semua rakan-rakan SWAL berjaya dan bertambah audio rakan, ceria di semua pancarulang seluruh negara.
Soalan contoh:- Apakah itu SWAL atau SWL? Dan apakah SWAL bolih memancar di pancar ulang?
Semoga semua rakan-rakan SWAL berjaya dan bertambah audio rakan, ceria di semua pancarulang seluruh negara.
Soalan contoh:- Apakah itu SWAL atau SWL? Dan apakah SWAL bolih memancar di pancar ulang?
Jumaat, 22 Oktober 2010
Peperiksaan Radio Amatur (RAE) Siri Ke Empat Bagi Tahun 2010
13 October 2010
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menganjurkan Peperiksaan Radio Amatur (RAE) siri ke empat bagi tahun 2010 sebagai memenuhi kehendak peraturan 26(2), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000, pada tarikh dan waktu seperti tersebut.
Tarikh/Masa Peperiksaan: 22 Disember 2010 / Jam 2.00 petang
Tempat Peperiksaan: Wilayah Utara, Tengah, Timur, Selatan, Sabah & Sarawak.
Tarikh Permohonan dibuka: 11 Oktober 2010.
Tarikh Tutup Permohonan: 29 Oktober 2010 Jam 5.00 petang
Untuk maklumat lanjut sila layari pautan-pautan berikut:
http://www.skmm.gov.my/link_file/notices/RAE2010_4_Pemberitahuan.pdf
Labels: MCMC, RAE, Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Kepada mana-mana rakan SWAL yang belum menghantar borang permohonan bolehlah mengisi dan menghantar dengan kadar segera memandangkan tarikh tutup adalah pada 29 Oktober 2010. Dan persiapan dan persediaan hendaklah dibuat mulai sekarang, semoga rakan-rakan berjaya akan kedengaran Audio rakan-rakan di mana-mana pengulang, insya allah..

Sabtu, 11 September 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Malam hari raya dapat bersama-sama berjumpa dan bersalaman dengan rakan-rakan Radio Amatur yang pulang beraya di kampong halaman, kami bersama-sama di Kedai makan kepunyaan 9W2 RLL di Pekan Jerteh Terengganu Darul Iman.
Malam hari raya dapat bersama-sama berjumpa dan bersalaman dengan rakan-rakan Radio Amatur yang pulang beraya di kampong halaman, kami bersama-sama 9W2 BDM, 9W2 SIA, 9W2 ZZQ, 9W2 LST, dan anak2 buah 9W2 RLL termasuk 9W2 NLB di Kedai makan kepunyaan 9W2 RLL di Pekan Jerteh Terengganu Darul Iman.Sehingga jam 1.00 pagi raya.......allah hukbar...allahuakbar......allahbuakbar.......walillah hilhamdad... Selamat Jalan Ramadhan Al_Mubarakk, insya allah panjang umur tahun depan jumpa lagi dan welcome 1 Syawal 1431 hijriah.....

Jumaat, 10 September 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Assalamualaikum, semua kekawan, sempena hari baik ni saya 9W2 DJM menyusun jari sepuloh memohon kemaafan dari semua jika semasa QSO mahu pun semasa eyeball terdapat kata mahu pun perbuatan saya yang menyinggung perasaan kekawan, saya sentiasa memaafi segala perbuatan atau kata2 yg tidak baik kekawan kepada saya setiap kali saya clear dari pengulang saya tidak pernah mendendami kekawan....kerana yang buruk itu kelemahan saya sebgai insan biasa dan yang baik itu dari allah jua....
Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya
Sungai disusur sehari-hari Dalam gelap menangkap ikan Saya menyusun sepuluh jari Salah dan silap harap maafkan

Khamis, 2 September 2010
Pelepasan Konvoi Jalur Gemilang
Pelepasan Konvoi Jalur Gemilang disempurnakan olih Yang Amat Berusaha Tuan Hj. Abd Hadi Mohd Salleh SMK Pengarah Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional Negeri Kelantan kerana event ini adalah kerjasama KRT Taman Lati dan Pertubuhan Komunikasi dan Penyelamat Kelantan ( Res'K) juga bersama Presiden Res'K 9w2 RRP Pak Fauzi Omar.
Di Ambang Ulang Tahun Kemerdekaan Ke53 Di Pasir Mas
Selasa, 31 Ogos 2010
Ramadhan di 10 akhir dan Selamat Menyambut Ulang tahun hari Kemerdekaan ke 53 Malaysia
Ramadhan dah hampir meninggalkan kita jadi sama sama lah kita rebut peluang yang masih ada untuk beramal dan muhasabah diri, memohon keampunan semoga kita sama sama berolih pahala berganda dan keampunan yang di janjikan, insya allah. Dan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan kali ke 53 pada hari ini, semoga kita anak-anak merdeka dapat memahami dan menjaga nilai kemerdekaan sekarang berterusan, seiring maju dan hidup bahagia. Satu Malaysia Menjana Transfomasi. MERDEKA...MERDEKA....MERDEKA....
Ahad, 8 Ogos 2010
SELAMAT DATANG RAMADHAN AL-MUBARAK
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA KEPADA SEMUA RAKAN RADIO AMATUR YANG BERUGAMA ISLAM DI SELURUH MALAYSIA KHASNYA DAN DUNIA AMNYA. SEMOGA RAMADHAN TAHUN INI LEBIH DIBERKATI DAN DI RAHMATI.
Ahad, 11 Julai 2010
Ahad, 6 Jun 2010
Sabtu, 5 Jun 2010
Ahad, 30 Mei 2010
Isnin, 24 Mei 2010
Sabtu, 22 Mei 2010
Melebarkan Rangkaian HAM
Assalamualaikum,
Sejak menceburkan minat mendalam bersama-sama HAM, saya telah dapat menambahkan bilangan rakan-rakan di seluruh pelusuk nusantara, dari Pantai Timur, Utara, Tengah dan Selatan Semenanjung termasuk Sabah, Sarawak, Kalimantan, Brunai Darul Salam dan Indonesia.
Pada mulanya saya melihat rakan-rakan memegang handy talky sambil bercakap dan tersenyum, kadang-kadang saya lihat dia tersengeh dan ketawa seorang diri, terlintas di benak......apakah dia tu dah tidak siuman, lalu mendekatinya, saya lantas bertanya awak buat apa dan bercakap dengan siapa?
Lantas kawan itu menjawab ia sedang berintraksi dengan rakannya di Melaka, setelah banayak bertanya, semua jawapan yang di beri menarik minat saya untuk menyertai sama dalam menggunakan handy talky. Saya terus bertanyakan kepada kawan itu macamana kalau saya ingin juga menjadi ahli kelab atau macamana dan macamana?
Beliau menjawab U bolih menyertai kelab kami di Pasir Mas ni, dengan membayar yuran dan di beri penjelasan akan segala syarat dan apa yang akan saya perolihi bila menjadi ahli kelab radio mereka. Dari hari itu saya mula berjinakkan diri dengan mendengar kawan saya itu berintraksi di handy talky dengan kawannya dari segenap kawasan, di situ saya cuba mempelajari cara mengguna dan berintraksi dengan handy talky, saya dah menjadi SWAL ( Short Wave Amature Listener) Selepas satu bulan saya membeli satu unit handy talky second hand dari kawan dan cuba berintraksi di simplet, kebetulan tak berapa bulan kemudian Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional Negeri Kelantan telah memberi laluan kepada saya menggunakan handy talky kerana saya selaku Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga telah menubuhkan unit SRS ( Skim Rondaan Sukarela) bagi mengawal keselamatan, ketenteraman dan keharmonian kawasan Taman yang saya bermestautin. Pada masa itu hanay 20 orang di beri kebenaran menggunakan handy talky juga di panggil radio bagi Jajahan Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat. Dari situ kami mula belajar berintraksi setiap pagi petang dan malam. Dan kami sepakat dengan 8 orang kawan dari SRS memohon dan membayar yuran bagi menduduki pepereksaan radio amature. ( RAE) di Kuala Terengganu, syukur alhamdulillah dengan sekali menguji kecekapan 5 orang dri kami telah lulus dengan sekali saja memasuki bilik pepereksaan, setelah ( AA ) saya terima saya cuba memb eranikan diri memancar ke Frequancy panjang hingga sekarang saya mendapat ramai kawan di alama maya mau pun di daratan, kini saya di kenali dengan gelaran Pak Din Janggut Merah semperna callsign saya 9W2DJM.
Salam kontak kenal dan kontak perdana kepada mana-mana rakan yang belum berkenalan di alam maya dari saya 9W2DJM handle Pak Din.......

Langgan:
Catatan (Atom)
BERSALAMAN DI PERTEMUAN MALAM HARI RAYA

9W2 BDM, 9W2 SIA, 9W2 ZZQ 9W2 LST dan rakan tempatan Jerteh...
Pertemuan Malam Hari Raya Aidil Fitri di Salt Mine RLL

9W2 ZZQ dan Ibunya 9W2 SIA
Pertemuan di Malam Hari Raya Di Salt Mine RLL

9W2 LST Azlee ( Last) n 9W2 MJB
Di Malam Hari Raya 9 Sept 2010

9W2 NLB Aisyah anak didik 9W2 RLL
9W2 WPC/ BAD

9 Jul 2010

9W2FSI KT 10 Jul 2010

Eyeball bersama rakan HAM kawasan tengah pada 2 Julai 2010
9W2AJQ Kuala Terengganu

9W2 ANN Merang KT

10 Jul 2010
9M2VOT & BAL Sg. Derhaka KT

9w2 BMY / Bo

9w2 BJJ / Huda

9W2PLJ / Pian dari Tg. Malim

9w2 ZLZ, OOA,BHL, BJS ....BJJ

9W2SKE di Mubarak Murtabak Wangsamaju 2/7/2010

9w2 JAL / Jalil

9w2 AKY dan Gewenya.....

9w2 ZLZ, OOA.......

9w2 RXL/ Pak Rahman

9w2 KRE Pak Presiden

Terima kasih Pak Presiden dan semua rakan2 HAM Arau melayan saya selama 2 hari satu malam di Arau, semoga rakan2 semua sentiasa dalam keberkatan dan kebahagiaan.......
9w2 KBO / Khalib

25 Jun 2010
9w2 IKU cermin mata hitam

9w2 FZE / Fauzi

9W2RBO/ Pak Rahim Utara

9w2 IZN /Izan

Rakan2 Res'K

Di hari mengenali dan mengendali HF Radio
9W2RRP Pak Presiden ResK

9M2RXD ? Abe Rizal

Bersama 9W2PDT

Event Kelab Res'K menggendali radio HF
Rakan Utara OXK/Suhaimi

Pulau Mutiara
RAE 1/2010